Soalan 01: Adakah sijil kursus kahwin ada tarikh luput ?
Jawapan 01: Dulu ada, tetapi sejak 2006 keatas semua sijil kursus kahwin SAH LAKU SEUMUR HIDUP dan TIADA TARIKH LUPUT.
Soalan 02: Saya bercerai talak satu dengan isteri saya, perlukan saya mengambil semua kursus kahwin ini?
Jawapan 02: PERLU. Mereka yang bercerai hidup perlu mengambil semula kursus kahwin manakala yang bercerai hidup tidak perlu. Sijil hanya boleh di gunakan untuk sekali kahwin sahaja.
Soalan 03: Saya sudah ada sijil kursus kahwin, tetapi bolehkan saya pergi lagi sekali kursus kahwin untuk menemani pasangan saya?
Jawapan 03: Boleh dan di galakkan. Ini adalah untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan dengan proses pengurusan permohonan perkahwinan.
Soalan 04: Siapakah yang perlu menghadiri kursus kahwin ini?
Jawapan 04: Setiap orang beragama islam yang ingin berkahwin diwajibkan untuk menghadiri kursus ini.
Soalan 05: Adakah pusat kursus ini diiktiraf untuk menganjurkan kursus kahwin?
Jawapan 05: Pusat kursus kami diberi kebenaran oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) untuk menganjurkan kursus kahwin menggunakan modul yang telah di tetapkan.
Soalan 06: Adakah sijil yang dikeluarkan oleh pusat kursus ini sah digunakan untuk permohonan kebenaran bernikah?
Jawapan 06: Sijil kursus kahwin dikeluarkan sendiri oleh pihak JAIJ dan sah digunakan untuk permohonan kebenaran bernikah. Pihak kami hanya bertindak sebagai penganjur kursus.
Soalan 07: Berapakah harga yuran kursus? Adakah sebarang caj atau bayaran tambahan yang dikenakan pada peserta?
Jawapan 07: Yuran untuk kursus kahwin adalah RM120.00 seorang. Tiada sebarang bayaran atau caj tambahan dikenakan kepada para peserta.
Soalan 08: Apakah keistimewaan yang peserta akan dapat dengan yuran RM 120 seorang?
Jawapan 08: 4 kali makan di sepanjang waktu kursus kahwin, buku nota kursus kahwin berwarna untuk setiap peserta, file dan alatulis, sijil kursus kahwin yang TIDAK TARIKH LUPUT dan SAH LAKU SEUMUR HIDUP, dewan kursus yang selesa dan berecon, tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman yang akan membantu jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah.dan tempat parking PERCUMA.
Soalan 09: Bilakah saya boleh menghadiri kursus kahwin ini?
Jawapan 09: Kursus kahwin kami diadakan pada setiap minggu, hari Sabtu dan Ahad dan jumaat sabtu (bergantung pada lokasi dan boleh lihat jadual). Bakal peserta boleh memilih mana-mana tarikh yang disukai bersesuaian dengan lokasi dan kelapangan peserta untuk menyertai. Bagi mereka yang sudah merancang untuk berkahwin, kami mencadangkan agar anda menghadiri kursus ini secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan kelam-kabut untuk proses permohonan kebenaran bernikah jikalau sudah terlalu dekat dengan tarikh perkahwinan.
Soalan 10: Bilakah saya perlu mendaftar kursus kahwin ini ?
Jawapan 10: Peserta di galakkan untuk mendaftar awal kerana tempat adalah terhad iaitu 150 orang sahaja setiap kali kursus. Pendaftaran akan ditutup apabila penyertaan sudah penuh.
Soalan 11: Bolehkah saya tukar tarikh kursus jika berlaku kecemasan ?
Jawapan 11: Peserta di minta memaklumkan pihak kami jika mahu menunda tarikh kursus
seminggu lebih awal sebelum tarikh kursus yang dipilih. Ini bagi memudahkan urusan pihak kami dan memberi peluang kepada peserta lain yang berminat dan memerlukan untuk hadir kursus kahwin. Peserta kursus kahwin juga di galakkan untuk mengesahkan kehadiran anda seminggu sebelum tarikh kursus kahwin yang di booking.
Soalan 12: Bolehkah saya menghadiri kursus ini walaupun saya belum mempunyai pasangan dan belum merancang untuk berkahwin?
Jawapan 12: Tiada masalah kerana sijil kursus kahwin ini tiada had tempoh dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Mana tahu berjumpa jodoh semasa dalam kursus kahwin nanti.
Soalan 13: Bolehkah saya menghadiri kursus kahwin di sini sedangkan saya tinggal dan akan berkahwin di luar kawasan kursus?
Jawapan 13: Tiada masalah kerana sijil kursus kahwin ini sah digunakan di seluruh Malaysia.
Soalan 14: Pasangan saya warganegara asing, bolehkah beliau ambil kursus kahwin bersama saya?Jawapan 14: Boleh, daftar gunakan no pasport. Cuma bahasa pengantar hanya ada Bahasa Melayu sahaja.
Soalan 15: Bolehkah seorang muallaf menghadiri kursus kahwin ini?
Jawapan 15: Boleh. Setiap rakyat Malaysia beragama Islam yang ingin berkahwin WAJIB menghadiri kursus kahwin ini.
Soalan 16: Bagaimanakah untuk mendaftar kursus kahwin ini?
Jawapan 16: Sila klik DISINI untuk pendaftaran.
Soalan 17: Bilakah peserta perlu membuat bayaran yuran kursus kahwin?
Jawapan 17: Yuran kursus kahwin di bayar pada hari peserta menghadiri kursus kahwin. Kami tidak menerima booking berbayar.
Soalan 18: Bagaimana dengan pemakaian sepanjang tempoh kursus kahwin ?
Jawapan 18: Untuk peserta lelaki, anda digalakkan memakai BAJU MELAYU LENGKAP atau pakaian kasual berkolar. Elakkan pakai topi, rantai, anting-anting, gelang tangan atau apa-apa pakaian yang tidak sopan.Untuk peserta wanita, anda digalakkan memakai BAJU KURUNG BERTUDUNG atau berjubah sopan dan tutup aurat. Elakkan pakai seluar atau tidak pakai tudung. Jika berseluar, pastikan pakain baju yang labuh hingga paras lutut. Baju yang ketat, nipis atau jarang tidak dibenarkan.
Soalan 19: Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi melayakkan peserta mendapat sijil kursus kahwin?
Jawapan 19: Setiap peserta perlulah menghadiri setiap sesi/slot ceramah yang telah ditetapkan dan menandatangani penuh kehadiran yang diedarkan oleh penganjur pada setiap sesi. Peserta yang lewat melebihi 15 minit setelah sesi bermula dan tidak menandatangani penuh senarai kehadiran dianggap tidak hadir dan tidak layak menerima sijil kursus kahwin.
Soalan 20: Apakah yang perlu dilakukan oleh peserta yang tidak hadir penuh semua sesi pada kursus kahwin tersebut?
Jawapan 20: Peserta tersebut dikehendaki untuk mengganti semula sesi-sesi yang tidak dapat di hadiri pada tarikh dan lokasi lain. Setelah penuh kesemua sesi/slot ceramah barulah sijil akan diberikan. Tiada bayaran atau denda tambahan untuk sesi ganti.
Soalan 21: Bilakah saya akan mendapat sijil kursus kahwin?
Jawapan 21: Sijil kursus kahwin akan diberikan selepas tamat kursus pada hari kedua.
Soalan 22: Apakah yang saya perlu bawa SEMASA pendaftaran kursus kahwin?
Jawapan 22: 1 salinan kad pengenalan, 1 gambar pasport dan yuran kursus RM 120 seorang.
Soalan 23: Gambar paspot hendak warna putih atau biru?
Jawapan 23: Mana-mana pun boleh sebab gambar akan di tampal di sijil dan di cop. Jangan gambar selfie.
Soalan 24: Pukul berapa saya perlu datang kursus?
Jawapan 24: Pendaftaran kursus akan bermula dari jam 7:30 pagi hingga 8:30 pagi. Peserta di galakkan datang awal untuk mendaftar bagi mengelakkan kesesakan semasa pendaftaran.
Soalan 25: Kursus kahwin berapa hari?
Jawapan 25: Kursus akan berlangsung selama 2 hari TANPA penginapan. 8 pagi hingga 5 petang.
Soalan 26: Jika sijil saya musnah dalam kebakaran, apa perlu saya buat?
Jawapan 26: Hubungi tempat kursus yang disertai sebelum ini, boleh buat permohonan semula sijil baru dengan sedikit bayaran tertentu. Ini kerana hanya pusat kursus yang tersebut ada maklumat peserta.
Friday, 4 August 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jadual Kursus Kahwin
Jadual Kursus Kahwin Johor untuk 7 lokasi. * (kemaskini 1.2.18)
-
Soalan 01: Adakah sijil kursus kahwin ada tarikh luput ? Jawapan 01: Dulu ada, tetapi sejak 2006 keatas semua sijil kursus kahwin SAH LAKU...
-
Senaraikan gambar 8 lokasi Kursus Kahwin Johor Dewan Pertubuhan Peladang Kulaijaya, JOHOR Batu 19, Jalan Ayer Hitam, 81000 Kulaijay...
macam tak betol je jawapan no 2 tu. setahubsaya sijil kahwin boleh digunakan utk perkahwinan seterusnya walaupon bercerai.
ReplyDeletejika bercerai mati tidak perlu ambil balik kursus. jika bercerai hidup kena ambil balik kursus. utk meningkatkan ilmu n kesedaran dlm pekahwinan
Deleteadakah sah sijil kursus kwen tersebut jika saya berasal dari johor tapi saya ambil kursus tersebut di negeri lain seperti pulau pinang?
ReplyDeletesah je.. sijil ni sah untuk semua negeri dalam malaysia
DeleteBoleh ke saya ambil lagi kursus kahwin sedang kan saya sudah ambl sebelum ni.Sebelum ni saya ambl kursus di Segamat,Johor.Saya baru dapat jodoh di Melaka dan dia minta saya ambil sijil dimelaka ambl kursus sekali dengan dia.
ReplyDeleteSaya nak tanyaa .. Saya dah pernah ambik kursus kahwin , dan sekarang saya dah bercerai dengan suami dan sijil kursus saya dah hilang . perlu kah saya mengambil kursus sekali lagi?
ReplyDeleteNak tanya kalau sijil sudah laminate mcm mana erk.. Boleh ke bawa pergi pejabat agama
ReplyDelete